Tuesday 6 January 2009

Senaman Aerobik

Melabur selama 30 minit sehari untuk melakukan senaman aerobic seperti joging, berbasikal atau berenang boleh membantu kita untuk hidup sihat dan ceria.
Apakah kelebihan melakukan senamam aerobik? Bagaimana senaman aerobik memberi kesan kepada jantung, paru-paru dan edaran darah kita?

Tindak balas senaman aerobic terhadap tubuh badan.
Semasa menjalani senaman aerobic, kita menggerakkan secara berulang-ulang kumpulan otot-otot yang besar pada tangan, kaki dan pinggul. Hasil dari pergerakan yang berulang-ulang ini, badan kita akan memerlukan oksigen yang banyak. Ini menyebabkan kita akan bernafas lebih cepat dan lebih dalam. Jantung kan berdenyut lebih laju dan akan meningkatkan aliran darah ke seluruh badan dan ke paru-paru untuk mengambil lebvih banyak oksigen. Salur darah halus (capillaries) akan terbuka lebih luas untuk membenarkan lebih banyak oksigen di serap dan di bawa ke otot-otot yang berkenaan seterusnya menyahkan hampas seperti co2 dan acid lactic dari system badan. Badan kita akan juga mengeluarkan `endorphins’, penghalang gejala sakit semulajadi yang meningkatkan rasa sihat.
Kesan Kesihatan hasil Senaman Aerobik

Dengan tidak mengambil kira umur, berat badan atau kebolehan fizikal seseorang, senaman aerobic tetap akan memberi impak yang positif terhadap tubuh badan. Apabila tubuhb badan telah menjalani senaman aeribik yang berkala, system badan akan menjadi lebih efisen.

1. Menurunkan risiko serangan penyakit. Senaman aerobic boleh menurunkan risiko serangan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, serangan angina ahmar dan beberapa jenis kanser. Senaman aerobic yang rengan seperti berjalan mengurangkan risiko perputan tulang.

2. Membantu mengurus gejala penyakit kronik. Senaman aerobic membantu menurunkan darah tinggi, membantu mengawal pengeluaran gula berlebihan dan boleh mengurangkan sengal-sengal otot. Bagi mereka yang pernah mengalami serangan jantung, senaman aerobik dapat mengurangkan risiko serangan seterusnya.

3. Mengurangkan lemak berlebihan. Senaman aerobic jika di turuti dengan permakanan seimbang yang sihat boleh mengurangkan lemak yang berlebihan dalam badan dan mengekalkan berat badan unggul.

4. Mencegah serangan Virus. Senaman aerobic mengaktifkan system imunisasi dan ini mengurangkan risiko serangan virus seperti deman seselma dan batuk.

5. Membersihkan salur darah. Senaman aerobic meningkatkan kepekatan Lipoprotein Densiti Tinggi (HD) atau yang sering di sebut sebagai ‘kolesterol baik” dan menurunkan kadar Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) atau yang sering di sebut sebagai “kolesterol jahat” di dalam darah. Ini akan mengurangkan plak dalam darah.

6. Menguatkan Jantung. Otot-otot jantung kan menjadi semakin kuat. Jantung yang kuat TIDAK SEMESTINYA berdenyut laju tetapi jantung yang kuat akan mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan.

7. Meningkatkan keceriaan. Kekuatan jantung akan mengurangkan perasan gementar dan debaran. Ini menimbulkan raya tenang dan ceria dalam kehidupan.

8. Menambah Stamina. Pada peringkat permulaan senaman aerobic akan memenatkan tetapi setelah menjalani beberapa latihan, stamina (dayatahan menjalani aktiviti) akan meningkat dan mengurangkan kepenatan.

9. Aktif sepanjang hayat. Adalah di jangka mereka yang sering manjalani senaman aerobic akan terus aktif sehingga hari tua. Selain dari itu, mereka juga akan terus cergas, tangkas dan tajam pemikiran.

Bagaimana Bermula.

Jika anda berumur 40 tahun dan keatas eloklah bermula dengan mendapatkan pemeriksaan dari doctor kesihatan anda. Setelah mendapat ‘OK’ dari doctor anda, mulakan latihan dengan senaman regangan untuk mengelakkan kecederaan sendi. Mula dengan berkjalan kaki selama 5 minit setiap pagi dan petang selama satu minggu. Tambah 2 hinga 5 minit pada minggu kedua.
Apabila sudah boleh berjalan berterusan tanpa berhenti selama 20 minit, tingkatkan kelajuan atau mula berlari-lari anak. Mula berjoging apabila anda telah yakin anda mampu melakukannya.

Untuk mengelakkan dari rasa jemu, tukar aktiviti kepada aktiviti lain seperti berbasikal, berenang, mendayung, atau mendaki bukit. Rujuk kepada pakar kecergasan untuk program yang lengkap.

Hidup sihat dan ceria sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment